Channel Cikgu WanN di dalam senarai #TOP100 Youtuber Pendidikan | TAHNIAH!!!

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...


#icareisharecaknabelaka #top100youtuberpendidikan #ayu          
#kitabantukita  #sendiriankitabiasabilabersamamenjadiluarbiasa





Saya Yu WanN Mish atau lebih dikenali sebagai Cikgu WanN menerusi Pelantar Youtube, ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Akademi Youtuber Malaysia (AYU) kerana telah memberi peluang yang sangat berharga buat saya sehingga dapat mencapai prestasi ini khususnya kepada Yu Suffi selaku Youtuber Manager AYU, Yu Zuly, Yu Abe Mat, Mentor pasukan saya, Pn Faridah dan barisan pengurusan AYU serta adikberadik AYU, tak lupa penyokong AYU, eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia serta Prof Dr Samsilah Roslan, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM ketika itu yang meng'highlight'kan Akademi Youtuber Guru Malaysia di dalam ucapan yang menyentuh TVET, VUCA dan platform digital, Youtube. 

Alhamdulillah di dalam kesibukan tugas utama sebagai pendidik juga pentadbir yang ada kekangan masa telah berjaya menduduki tempat ke-63 dalam senarai Top 100 Youtuber Pendidikan. Pencapaian ini tidak mudah diperolehi begitu sahaja kerana ia mencerminkan kegigihan, komitmen dan pengorbanan demi kemenjadian murid dan kualiti sekolah. 

Melalui kejayaan ini juga ia menggambarkan kejayaan semua Youtuber Pendidikan di bawah naungan AYU dalam usaha memartabatkan bidang pendidikan melalui platform digital yang telah termaktub di dalam Dasar Pendidikan Negara sekarang iaitu Dasar Pendidikan Digital. Kami telah memulakan langkah yang awal dengan berkumpul di bawah bumbung AYU pada tahun 2020, di saat Covid-19 mula melanda seluruh negara. 

Video trailer pertama
Video Trailer ~ task video yang pertama dari AYU


Sebagai seorang sukarelawan Akademi Youtuber, saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Melalui usaha Yu Suffi dan semua yang terlibat, AYU telah membuktikan bahawa pendidikan digital bukan sekadar alternatif, tetapi satu keperluan untuk membentuk generasi masa depan yang lebih celik teknologi dan berpengetahuan.

Kejayaan ini pasti tidak datang dengan mudah. Setiap detik masa yang dikorbankan, usaha yang dilaburkan serta semangat yang tidak pernah pudar dalam mendidik dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat, akhirnya membuahkan hasil. Yu Suffi dan barisan Pengurusan AYU telah menjadi inspirasi bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada semua yang terlibat dalam bidang pendidikan, khususnya dalam memperkasakan pembelajaran secara dalam talian.

Saya percaya pencapaian ini adalah permulaan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Semoga Yu Suffi dan dan barisan Pengurusan Akademi Youtuber Malaysia dan kami semua Sukarelawan Akademik AYU atau Youtuber Pendidikan terus mara ke hadapan, mencapai kejayaan demi kejayaan, dan mampu menjadi pelopor dalam memajukan sistem pendidikan digital di Malaysia serta di peringkat global. Sememangnya AYU sudahpun banyak meraih pelbagai anugerah sehingga ke peringkat antarabangsa terutama di dalam bidang Inovasi Pendidikan.

Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada diri sendiri Yu WanN Mish dan rakan sahabat AYU serta seluruh keluarga Akademi Youtuber Malaysia atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Tak lupa juga penghargaan dan terima kasih 'infiniti' kepada para SUBSCRIBERS Channel Cikgu WanN atas segala sokongan yang ditunjukkan ke atas  usaha dan perkongsian yang telah dilakukan oleh Cikgu WanN menerusi Channel Cikgu WanN. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.


#sahamakhiratku
#akucumainsanbiasabiasasahaja
#tiadakejayaantanpaujiandanhalangan
#terimakasihayu
#syukrulillah

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post