· Langit dan bumi, bukit, laut, Syurga dan Neraka, Nabi Adam dan Hawa
· Arasy, Luh Mahfuzh dan Malaikat Jibril A.S
· Hari pertama Allah menurunkan rahmat dan hujan dari langit
· Nabi Ibrahim A.S terselamat dari kepanasan api
· Firaun ditenggelamkan Allah
· Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub
· Taubat Nabi Adam A.S diterima oleh Allah
· Allah telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman
· Kiamat berlaku pada Hari Jumaat, 10 Muharam
· Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir
· Allah mengeluarkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan Nun
· Nabi Isa A.S dilahirkan
· Nabi Ibrahim A.S dilahirkan
· Allah mengangkat Nabi Isa A.S ke langit
· Hari berlabuhnya kapal Nabi Nuh A.S
· Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
…menurut riwayat yang sahih
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa dari lain-lain hari.
Daripada Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Assyuura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)
Mudah-mudahan segala amal yang dilakukan pada hari ini mendapat keredhaan Allah S.W.T...buat kita semua.
sape yg ingtkn ek
ReplyDeleteada la seseorg tuuu....
ReplyDeletehuhuhuhhu
ReplyDelete