AHLAN WASAHLAN ‘AMUL HIJRIYYAH 1433


Permulaan Tahun Hijrah (Awal Muharam)

Alhamdulillah…Kini kita telahpun memasuki bulan Muharam dan membuka lembaran baru untuk kehidupan umat Islam dengan tahun baru Hijrah 1433. Bulan Muharam termasuk salah satu daripada empat bulan yang dihormati sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran kerana di dalam bulan Muharam banyak merakamkan peristiwa-peristiwa penting yang perlu diketahui supaya ia menjadi pendorong untuk meningkatkan amalan kita, khususnya di bulan ini dan umumnya sepanjang tahun ini.
   
Khalifah ar-Rasyid, Umar bin Al-Khattab R.A merupakan orang pertama yang memulakan penggunaan tarikh bulan-bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah. Beliau menjadikan peristiwa hijrah sebagai permulaan Takwim Islam dan ia berlaku pada tahun 622 Masehi.

                Hari pertama takwim Islam yang dikira daripada detik penghijrahan umat Islam dari Mekah ke Madinah itu, bermulanya syiar Islam ke serata pelusuk dunia dan berjaya meletakkan kejayaan Islam sehingga ¾ dunia.

                Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana penyeksaan berat yang dilakukan oleh golongan musyrikin Quraisy terhadap golongan Mukmin. Ketika itu orang-orang Islam adalah merupakan golongan minoriti. Penghijrahan pertama terdiri daripada 14 orang dan 100 orang pada peringkat ke dua, 17 daripadanya wanita, orang tua dan kanak-kanak.

“ Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah dan
kerjakanlah ibadah tetapi tidak boleh  melupakan ilmu.”
(Hasan Al-Basri)


Peristwa Pada Hari A’syura 
(10 Muharam)
Fadhilat Bulan Muharam
Allah telah menjadikan :
·         Langit dan bumi, bukit, laut, Syurga dan Neraka, Nabi Adam dan Hawa
·         Arasy, Luh Mahfuzh dan Malaikat Jibril A.S
·         Hari pertama Allah menurunkan rahmat dan hujan dari langit
·         Nabi Ibrahim A.S terselamat dari kepanasan api
·         Firaun ditenggelamkan Allah
·         Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub
·         Taubat Nabi Adam A.S diterima oleh Allah
·         Allah telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman
·         Kiamat berlaku pada Hari Jumaat, 10 Muharam
·         Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir
·         Allah mengeluarkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan Nun
·         Nabi Isa A.S dilahirkan
·         Nabi Ibrahim A.S dilahirkan
·         Allah mengangkat Nabi Isa A.S ke langit
·         Hari berlabuhnya kapal Nabi Nuh A.S
·         Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia)
        …menurut riwayat yang sahih

·         Daripada Abu Hurairah Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam”(Sahih Muslim)
·         Hadis riwayat Ibnu Abbas, bermaksud: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijjah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”
·         Jelas Ibnu Abbas lagi,: “Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu.”
        (Doa awal tahun Hijrah)
·         “Sesiapa yang berpuasa pada Jumaat pertama bulan Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”
·         “Sesiapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala beribadah 900 tahun.”



Semoga Tahun Baru Hijrah ini akan memberi kita satu perubahan yang lebih baik daripada sebelum ini....




SALAM MAAL HIJRAH !!!  
daripada 
AL-WARDAH

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post