Ku adunkan bait demi bait ayat-ayat ini untuk jadikan ia sebagai bingkisan buat semua insan yang bergelar guru... ku minta ia dialunkan menjadi dendangan buat teman-teman seperjuanganku sempena sambutan Hari Guru 2012 di SMKPB. SELAMAT HARI GURU!!
Kumpulan Shoutu Shabab |
![]() |
Tabahlah ya, walaupun kita sentiasa terhalang dari mencapai niat dlm usaha utk menyampaikan berdakwah |
Sejenak kita ingat mengingat
Jasa guru-guru tiada terperi
Mengajar mendidik hingga berjaya
Dari riak wajahmu kau cukup tulus
Mendidik kami penuh kesabaran
Tabah menghadapi pelbagai kerenah
Supaya menjadi warga berguna
Kaulah pembimbing kaulah sahabat
Di kala kami membutuhnya
Kau tetap betah bersama
Sebagai semangat perjuangan kami
Chorus:
Kami fahami….Kami sedari…
Betapa besar pengorbananmu
Sebagai anak didik kami berbangga
Menerima ajaran darimu guru
Kami memohon…Kami meminta
Engkaulah tempat kami mengadu
Ampunilah mereka (Ya Allah…)
Kurniakan mereka (guru-guru kami)
Sebaik-baik tempat di sisiMu
Sejahtera mu guru…
Itulah harapan kami…
Terima kasih guru atas segalanya
Tanpa panduanmu hilanglah arah
Pasti tak akan hidup sempurna
Dalam meredahi ranjau kehidupan
Wahai guru-guru yang kami sanjungi
Teruskan perjuanganmu tanpa jemu
Demi memajukan anak-anak bangsamu
Ke arah generasi yang terbilang
by; Mieza/11052012
Sempena Hari Guru 2012...
Asmkm Al Wardah.dah lama betul x singgah sini..Slmt Hari guru..sori terlambat sikit ye..:)
ReplyDeleteWslm...samalah. sy pun dah lama tak update blog. kalo buka pun kejap2 je..tak sempat ronda2 huhu...
ReplyDeleteSlmt Hari Guru juga..semoga tidak jemu mencurah bakti kpd anak bangsa kita. :)