Assalamualaikum...
Semoga semua pengunjung2 blog Al-Wardah ini sentiasa sihat walafiat dan di bawah naungan
Semoga semua pengunjung2 blog Al-Wardah ini sentiasa sihat walafiat dan di bawah naungan
Yang Maha Esa... :)
Tahukah anda semua hari ini berapa haribulan dalam bulan Islam?
Yup! ada kat sebelah tu bagi yg lupa...26 Rejab 1433 Hijrah...Jadi malam ini adalah malam 27 Rejab, di mana pada malam inilah berlakunya Peristiwa Israk dan Mikraj menurut kebanyakan pendapat ulama ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. Peristiwa ini merupakan satu mukjizat kepada Baginda SAW. Pada malam inilah kewajipan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam diterima oleh Baginda SAW tanpa perantaraan Malaikat Jibril AS dan diperintahkan kepada kita umatnya.
Yup! ada kat sebelah tu bagi yg lupa...26 Rejab 1433 Hijrah...Jadi malam ini adalah malam 27 Rejab, di mana pada malam inilah berlakunya Peristiwa Israk dan Mikraj menurut kebanyakan pendapat ulama ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. Peristiwa ini merupakan satu mukjizat kepada Baginda SAW. Pada malam inilah kewajipan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam diterima oleh Baginda SAW tanpa perantaraan Malaikat Jibril AS dan diperintahkan kepada kita umatnya.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra': 1 :

Pengertian Rejab
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan
dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat
Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan
menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah
SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan
bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan
peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan
Mi'raj.
Kelebihan Bulan Rejab
Sabda Nabi SAW :
" Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu
kemuliaan di hari kiamat. "
Sabda Nabi SAW :
" Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. "
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
" Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. "
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Peristiwa-peristiwa
penting bulan Rejab
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi SAW.
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali olehpanglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Amalan-amalan khusus bulan rejab
Tiada
amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang
dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Mungkin hikmah di sebalik kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh
dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah kerana Rasulullah SAW tidak mahu
umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan
malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.
Ini
untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan
perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat
yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat
Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada
hadis-hadis lemah.
Terlalu
banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk
mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita
menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa
Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.( Di dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi )
* Puasa dua puluh hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Terdapat juga mereka yang menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada
29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses
melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib
sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar
tempat matahari terbenam.
Ini
boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk
melihat matahari perlukan penapis (solar filter). Bagi mereka yang mempunyai
teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji
peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban,
Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan
hilal.
Dan
sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan
pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan
bulan-bulan seterusnya.
Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Segala apa2 yang baik terimalah ia dengan hati yang terbuka apa yang tidak jadikanlah ia sempadan dan tegurlah jika perlu utk kemaslahatan sejagat. Kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT yang kurang adalah dari saya, hambaNya yang lemah. Tujuan utama adalah untuk berkongsi keberkatan bulan Rejab ini tidak lebih dari itu.
Wallahu'alam....