Hakikat insani, memang tiada yang sempurna

Salam Jumaat buat semua...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan segala urusan kita dipermudahkan olehNya...

Dalam minggu ni, banyak peristiwa yang telah berlaku, ada pahit, ada manis...Wardah percaya semua dalam kalangan kita berada dalam sebuah organisasi.... Bila kita berada dalam satu organisasi kita haruslah bekerjasama antara satu sama lain. Betul tak? Di dalam kita berurusan, pasti ada yang pincang, cacat, senget dan sebagainya. Jadi, jika ini berlaku dan membawa kecelaruan dalam sesuatu tindakan, janganlah terlebih dahulu menuding jari kepada orang lain sewenang-wenangnya. Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu, jangan cepat melatah dan terus menjatuhkan kesalahan kepada orang lain. Dalam keadaan beremosi, berta'awwuz ('Auzubillahiminassyaithonirrajim) la terlebih dahulu supaya akal kita tidak dikuasai oleh nafsu yang sentiasa menjurus ke arah yang tidak elok.  Saya sendiri pun tidak terlepas dari semua ini kerana sebagai insan kita ada sifat lalai dan lupa. Apapun, segala ingatan ini bukan sahaja untuk semua tetapi jua untuk diri ini yang jika melakukan sedikit kesilapan ibarat terconteng satu titik hitam di atas kain yang putih, semua mata akan tertumpu pada yang hitam itu.




Dalam keadaan sedar, berfikirlah dengan waras berlandaskan syariat Allah SWT... Jika berlaku perselisihan faham antara satu sama lain, carilah jalan penyelesaian yang terbaik bukan dengan mengumpat, menuding jari, bermasam muka, bergaduh dan meletakkan kesalahan kepada insan-insan yang tertentu. InsyaAllah segalanya akan selesai dengan cara yang baik-baik.

Ketahuilah, manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Oleh itu, janganlah mudah berputus asa jika kita telah melakukan kesalahan. Sebaliknya jadikan setiap kesalahan itu sebagai satu PENGAJARAN yang sangan berharga untuk mengembangkan potensi diri pada masa yang akan datang.

Khulasohnya...selagi kita masih bernyawa masalah tetap wujud. Bahkan setelah kita meninggal sekalipun masalah tetap akan wujud kerana setiap amalan kita akan diperhitungkan di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak. Justeru itu, teruskan kehidupan kita dengan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta bertindak dengan betul dan bijaksana di dalam setiap urusan.




Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmatNya buat kita semua selagi kita semua berada di atas jalanNya.


Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post