DOA BUAT PELAJAR-PELAJAR CALON SPM 2022/23

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak didik kita menghadapi Peperiksaan SPM 2022/23. 
Marilah sama-sama kita berdoa ke Hadrat Allah SWT agar mereka semua diberi kemudahan di dalam menjawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. 
SMKA Haji Mohd Yassin...buat pertama kali di dalam sejarah pengoperasian sekolah ini, Peperiksaan SPM tahun ini adalah peperiksaan yang buat julung kali diduduki oleh para pelajar sekolah ini. Mereka adalah batch pertama yang akan melakar sejarah untuk mencipta rekod dan penanda aras bagi peperiksaan SPM yang seterusnya. Semoga urusan mereka semua dipermudahkan oleh Allah SWT. 
Di kesempatan ini juga Cikgu WanN ingin mengucapkan selamat maju jaya buat para pelajar di sekolah yang pernah Cikgu WanN menabur bakti iaitu SMK Benoni, Papar, SMK Parit Bunga, Tangkak dan Sekolah Tinggi Muar. 
Semoga segala usaha yang dilakukan oleh para pelajar dapat membuahkan KEJAYAAN yang CEMERLANG! Kejayaan akan tercapai dengan usaha kalian semua! Kejayaan kalian kebanggan kami...

road to success.....
don't say die until you try...
jangan rebah sebelum berjuang...
keep strong...
keep struggle...
melangkah dengan gagah...
man jadda wajada...
yang pipih tidak akan datang melayang...
yang bulat tidak akan datang bergolek....
gapai impian dan cita-cita anda...

Selamat Berjuang di medan SPM 2022/23! 





Jom! Sama-sama kita berdoa ke Hadrat Allah SWT...
Klik link yang diberi ini untuk mengikuti doa buat anak-anak didik yang sedang menghadapi Peperiksaan SPM tahun ini.









#icareisharecaknabelaka 
#kitabantukita #yanggratishanyadiayu
#sendiriankitabiasabilabersamamenjadiluarbiasa
#akademiyoutubermalaysiadihati

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post