PENGIKTIRAFAN SEBAGAI EDUBLOGGER

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...



" Tahniah! anda telah berjaya mengikuti kesemua modul pembelajaran yang ditawarkan! Sebagai menghargai kesungguhan anda, kami sediakan pengiktirafan yang sewajarnya untuk memberikan anda lebih semangat untuk berkarya dalam dunia pendidikan digital. Selamat berkarya!
Tahniah! Anda telah berjaya untuk disahkan sebagai EduBlogger oleh Akademi Youtuber Malaysia. "

Alhamdulillah...
Cikgu WanN ingin berkongsi di sini tentang kejayaan yang baru diperolehi. Walau sentiasa sibuk dengan tugas hakiki yang sentiasa bertali arus tidak pernah berhenti...Namun Cikgu WanN masih berpeluang untuk menabur bakti di dada Blog Warkah Pembimbing ini untuk berkongsi ilmu-ilmu dan info-info yang bermanafaat buat semua pengunjung blog ini. 

Terima kasih yang tidak terhingga buat Sifu Suffi dan team pengurusan AYU yang menyedia peluang ini untuk menyatukan para pendidik atas landasan ini untuk serakkan ilmu-ilmu yang bermanafaat seterusnya semarakkan dunia pendidikan dengan kehadiran blogger-blogger dari kalangan warga pendidik KPM. 
JASAMU TIDAK AKAN PERNAH DILUPAKAN....

Doakan semoga Cikgu WanN terus diberi peluang oleh Allah SWT agar dapat meneruskan usaha ini sebagai suatu sumbangan, jariah dan peninggalan yang membawa manafaat buat semua apabila tiba saat berpisah suatu hari nanti pada hari tanpa tarikh yang pasti akan dilalui oleh kita semua.


Cikgu WanN hanya ingin perkongsian yang dibuat sama ada di dalam dunia Youtuber dan Blogger ini dapat memberi manafaat buat semua subscribers dan pengunjung2 sama ada di Channel Cikgu WanN mahupun di Blog Warkah Pembimbing ini.

Cikgu WanN doakan agar semua sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.


Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post