HIDUP DI ATAS DUNIA ATAU BERADA DI DALAM KUBUR LEBIH LAMA?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...




Berada di dalam kubur lebih lamakah atau hidup di atas dunia ini yang lebih lama?


Imam Syafie hidup sehingga umurnya 53 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun..

Imam Nawawi hidup sehingga umurnya 43 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 805 tahun..

P. Ramlee hidup sehingga umurnya 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah  meninggal
lebih kurang 50 tahun...

Adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan ketika di alam barzakh nanti?

Dunia adalah perantaraan atau jambatan akhirat untuk kita. Oleh itu, ia bukannya tempat untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur dan juga bukan untuk bersuka ria. 

Justeru itu, carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini... kerana apabila kita telah mati suatu masa nanti maka akan terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati. Mati itu pasti cuma tarikh sahaja kita tidak pasti.

Ingatlah, kita hanya berpeluang hidup sekali sahaja di atas dunia ini... Oleh itu jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang tidak kekal.

Hadirkanlah diri  ke dalam majlis-majlis ilmu, belajarlah ilmu fardhu ain sebelum kita dijemput oleh Sang Sakaratulmaut...Malaikat Izrail.


Jom! Sama-sama amalkan 4 perkara di bawah ini:

1 - Baca Al-Quran Sebelum Subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat menghalau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Al-Quran yang dibaca sebelum Subuh. Al-Quran akan menjadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2 - Amalkan Surah Al-Mulk Setiap Malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia ni,  sesiapa yang membaca surah Al-Mulk, rezekinya  akan bertambah. Di dalam kubur pula dikhabarkan oleh sahabat, mereka terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupa-rupanya itu adalah suara Al-Quran yang menemani si pembacanya (si mati) di dalam dalam kubur.

3 - Bangun Solat Sunat Tahajud (walau minimumnya hanya 2 rakaat)

Keadaan kubur akan menghijau dan luas dengan asbab kita amalkan solat sunat Tahajud. Bahkan di dunia pun, jika kita amalkan solat sunat Tahajud, Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita dan terasa lapang. Pernahkah anda merasainya?

4 - Amalkan Membaca Sayyidul Istighfar

Antara zikir Rasulullah SAW yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik yakni husnul khatimah. 
Aaamiin...Allahumma Aaamiiin...
Hanya mereka yang berlandaskan Aqidah yang benar sahaja akan terselamat daripada azab neraka.



Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post