SIHULK DAN HULK APA BEZANYA?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...

Pernahkah anda mendengar perkataan Hulk? Zaman kanak-kanak Cikgu WanN, bila sebut je Hulk mesti teringat cerita bersiri di televisyen tentang gergasi hijau yang nama ketika dia tidak bertukar ialah David. Tapi untuk 'content' kali ini, Cikgu WanN bukan nak berkongsi tentang cerita "The Incredible Hulk" tetapi tentang Sihulk.

Hulk atau Sihulk??? 

Hasil daripada pembacaan Cikgu WanN menerusi laman Malaysia Gazette, Sihulk adalah satu lagi ajaran sesat yang baru muncul di negara kita. Ajaran tersebut telah disebarkan di negeri Pulau Pinang.

Penganut agama Islam yang masih cetek ilmu pengetahuan agama sepatutnya perlu menggali ilmu ajaran Islam semaksima mungkin agar iman kita terjaga. Jika tiada ilmu kita tidak akan faham bagaimana mahu menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam yang mengamalkan syariat Islam dengan sebenar-benarnya.

Justeru jika sesiapa yang percaya dan yakin Nabi Muhammad SAW ialah Allah SWT, sesungguhnya mereka telah murtad dan terkeluar daripada agama Islam boleh dijatuhi hukuman bunuh mengikut syariat Islam.

Menurut penullis Malaysia Gazette, ia adalah susulan tularnya beberapa video di media sosial yang memaparkan beberapa wanita dan lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beraninya mengaku mereka adalah antara pengikut Sihulk, selain mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT.

Penulis juga memberi kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, kepercayaan sedemikian adalah satu ajaran sesat yang perlu diluruskan serta dibendung supaya tidak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.

“Kita tidak dapat memastikan apa tujuan sebenar di sebalik tindakan mereka merakamkan pengakuan sedemikian sebelum tularkannya."

“Malah, sedia maklum bahawa dalam Islam, Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang diutuskan Allah SWT untuk menyampaikan agama-Nya kepada seluruh manusia."

“Bagaimanapun kelebihan Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Sayyidul khalqi’ atau sebaik-baik makhluk ini tidak harus membawa kepada kepercayaan yang melampau sehingga ke tahap pemujaan seperti mempertuhankan Baginda,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Cikgu WanN ingin menyeru semua muslimin dan muslimat agar selidikilah dahulu latar belakang guru yang menyampaikan ajaran yang diakui ia adalah ajaran Islam sedangkan sudah jelas dan terang lagi bersuluh bertentangan dengan ajaran Islam.

Sama-samalah kita tingkatkan pengetahuan di dalam diri kita berkaitan ajaran Islam agar kita tidak terjebak di dalam ajaran sesat.

Semoga Allah tidak membolak balikkan hati kita setelah Dia memberi kita semua petunjuk jalan yang lurus, jalan yang Dia redai...

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post