PINGAT PERTAMA SMKA HAJI MOHD YASSIN (MYReSS ) | KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2023

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...

Alhamdulillah...Cikgu Wann dapat meluangkan masa sebentar untuk berkongsi kejayaan yang telah diraihkan oleh anak-anak didik di sekolah Cikgu WanN di dalam kegiatan kokurikulum. Sebagaimana yang telah diketahui umum berkaitan dengan kepentingan kegiatan kokurikulum iaitu melalui penilaian PAJSK. Murid-murid perlu memperolehi pencapaian yang baik bagi melayakkan mereka  melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi selepas memperolehi keputusan SPM nanti. 
Cikgu WanN tidak ingin menerangkan tentang PAJSK tetapi ingin berkongsi kegembiraan atas kejayaan anak-anak didik yang telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD pada tahun ini, bermula 13 - 17 Ogos 2023. Pingat pertama MYReSS, PINGAT GANGSA  melalui acara Lempar Cakera P15.

TAHNIAH!  TAHNIAH!  TAHNIAH!





















Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post