RAKAN SAHABAT AYU KEMBALI KE SISI RABBULIZZATI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...









SALAM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA TERCINTA....

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‌‎

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهاَ رَوضَةً مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ...
وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهَا حُفْرَةً مِن حُفَرِ النِّيرَانِ

إسْتَجِبِ اللهُمَّ دُعائَنا يا الله 
آمين يا رب العالمينi




Seorang lagi rakan sahabat AYU yang telah pergi menghadap Sang Pencipta, Rabbuljalil...
Semoga roh almarhumah Cikgu Rosmeliany Binti Fulanah atau Cikgu Yani di tempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga keluarga almarhumah tabah dan diberi kekuatan dalam menerima dugaan dariNya ini.
Walau saya tak pernah bersua namun ukhuwwah dlm AYU tidak kenal itu semua. 
Kami adalah adik beradik AYU yang sama-sama mempunyai matlamt dan impian yang sama. 
Pemergiannya turut kami rasai...kerana ukhuwwah kami sangatlah 'rare'.
Apa yang ditinggalkan adalah rakaman ilmiah yang memberi manafaat buat dunia pendidikan. 
Setiap dari kita pasti akan merasai mati. 


Antara pertanyaan Imam al-Ghazali kepada murid-muridnya adalah "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. 
Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi jawapan yang tepat ialah yang paling dekat dengan kita adalah "mati".

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat:35, mafhumnya:
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
Demikianlah hakikatnya, hidup di dunia ini amat singkat, selepas mati kita akan hidup di alam kubur dan hidup yang kekal adalah di akhirat.
Cuma kita tidak tahu bilakah tiba saatnya giliran kita pula.
Selamat jalan sahabat AYU...
Semoga tenang di negeri akhirat sana.
Allahumma Aamiin....





Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati





#Semogamendapathusnulkhatimah
#ayubknbiasabiasa
#sendiriankitabiasabilabersamamenjadiluarbiasa 
#yanggratishanyadiayu






Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post