DODGEBALL | SUKAN YANG KEMBALI DIBUGARKAN

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...



DODGEBALL, mungkin ada yang baru pertama kali mendengar namanya dan ada yang sudah biasa dengannya. 
Dodgeball adalah satu permainan di mana pemain berusaha untuk mematikan pemain pihak lawan dengan menggunakan bola yang ada pada mereka dan pada masa yang sama mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan.

Di Amerika Syarikat, permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah rendah berusia dalam lingkungan 6-12 tahun.

Namun begitu, di peringkat antarabangsa, sukan ini juga telah muncul sebagai sukan yang popular di peringkat sekolah menengah dan di peringkat universiti.

Di Malaysia, permainan Dodgeball ini masih baru lagi. Persekutuan Dodgeball Malaysia sedang giat memperkenalkan permainan ini di seluruh Malaysia. Sukan ini mula diperkenalkan pada sekitar 8 tahun yang lalu.

Di sekolah kami, sukan ini baru disertai pada tahun 2022 oleh guru dan para pelajar. 
Pada tahun ini, inisiatif untuk mengadakan di peringkat daerah telah dilaksanakan oleh Orbix International School Muar.

Syarat-syarat Pertandingan:

- Setiap sekolah dibenarkan untuk mendaftar hanya 2 pasukan sahaja untuk setiap kategori.
- Penyertaan untuk kategori bawah 12 tahun terbuka kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
  Kebangsaan Tamil (SJKT) & Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Muar sahaja.
- Penyertaan untuk kategori bawah 15 & 18 tahun terbuka kepada sekolah di daerah Muar sahaja.
- Jumlah pemain untuk setiap pasukan ialah 12 Orang.

Jika ada sekolah yang masih belum menyertai sukan dodgeball ini. 
Boleh la mulakan dari sekarang kerana Malaysia berada di tangga ke-1 dunia!

Skuad Dodgeball lelaki negara kembali mencipta sejarah apabila muncul juara dunia selepas menjuarai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Edmonton, Kanada.


PENCAPAIAN PASUKAN MALAYSIA
World Ranking - 1

PENCAPAIAN

ASIA
Naib Juara Kejohanan Asia Pasifik 2015
Juara Kejohanan Asia Pasifik 2017
Peringkat ASIA

ANTARABANGSA
Juara Dunia Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Edmonton, Kanada
Naib Juara Piala Dunia 2018 di New York, USA
Peringkat Antarabangsa


Sekolah Cikgu Wann telah menyertai pertandingan ini buat pertama kali dipertandingankan di peringkat daerah dan berjaya menjadi juara bagi kategori lelaki bawah 15. Pasukan perempuan hanya berjaya menduduki tempat ke-8 sahaja. Tidak mengapa...tahun depan boleh usahakan lagi setanding dengan pasukan lelaki.
Sedikit perkongsian bergambar melalui Channel Youtube Cikgu WanN...






Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post