FIRQATUL INTIFADAH MENCUBA NASIB DI FUN 2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...




Pasukan nasyid sekolah SMK Agama Haji Mohd Yassin, Muar telah menyertai 

Pertandingan Nasyid sempena Festival Keusahawanan Nusantara (FUN 2023) yang telah berlangsung pada 3 November 2023 iaitu hari Jumaat yang lalu.

Seramai 18 kumpulan nasyid yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Dari sekolah rendah hinggalah ke warga emas telah  menyertai pertandingan terbuka tersebut. Cikgu WanN sangat gembira melihat kesungguhan mereka semua menyertai pertandingan yang dibuka kepada semua anggota lapisan masyarakat itu. Namun alangkah bagusnya jika pertandingan tersebut diadili mengikut kategori umur kerana ianya terbuka. InsyaAllah jika Cikgu WanN berkesempatan, Cikgu WanN akan uplod peserta kumpulan nasyid yang lain pula. Mungkin tidak penuh la persembahannya. Ti dah jadi macam siaran langsung lak.
Kami bergerak ke JB pada jam 9.00 pagi, biasalah macam-macam lak ragam anak-anak didikku ini. Jika bukan cikgu tak tahu la nasib mereka. Pelajar-pelajar ni guru je yang sabar lebih...secara pukul rata la...Apapun sepatutnya guru perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dalam melayani kerenah pelajar-pelajarnya.
Kami ke Jauhar Medical Clinic dahulu. Ni klinik milik bekas pelajar Cikgu WanN semasa tingkatan 4 dan 5 dan Cikgu WanN merupakan guru kelasnya juga. Subjek Pendidikan Islam yang Cikgu WanN ajar dia  dapat A+. Alhamdulillah...seorang anak didik yang sentiasa mendengar kata, beradab dan tidak lupa jasa guru-gurunya. Selalu beritahu Cikgu WanN, jika ada ke JB singgah ke Kliniknya. Salah satu objektif Cikgu WanN mengajak anak-anak didik semua mampir ke klinik tersebut adalah untuk memberi motivasi dan menaikkan semangat mereka agar berusaha dengan bersungguh di dalam mencemerlangkan akademik dan juga ketinggian sahsiah diri. Tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan. Semoga yang membaca tulisan Cikgu WanNpun termotivasi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Jika ditanya apakah jasa guru yang paling besar terhadap kita? Dan kenapa kerjaya mereka sangat mulia?

Jawapannya:

Jasa seorang guru paling besar kerana  mereka adalah asbab atau sebab kita keluar daripada KEGELAPAN ( masalah hidup, kebodohan, kegagalan, kebinasaan ) kepada CAHAYA                                      ( kejayaan, pengetahuan, kebenaran, kebaikan ).


Oleh itu, marilah sejenak kita ingat mengingatkan antara satu sama lain.
Jasa guru-guru yang tidak terperi banyaknya.
Mengajar dan mendidik sehingga berjaya.
Dari riak wajahnya, dia cukup tulus
dalam mendidik dengan penuh kesabaran.
Tabah menghadapi pelbagai kerenah anak-anak didik. Supaya anak didik menjadi warga berguna.

Ya Allah, Muliakanlah Guru-Guru kami, berikan kesihatan pada mereka, selamatkan mereka dari segala keburukan dan akhiri kehidupan mereka dalam husnulkhatimah.

Perbetulkanlah akhlak kita semua kerana adakala kita lupa dari mana asal kita. Janganlah kita sombong melangkah di atas muka bumi ini...


Terima kasih kepada semua yang telah dan sentiasa memberi sokongan sama ada secara langsung mhupun tidak langsung terhadap Firqah Al-Intifadah, khasnya kepada barisan pentadbir, rakan-rakan guru terutama Cikgu Zikry, Cikgu Razi dan Cikgu Syukor, juga buat Cikgu Nurul Jannah Loh (my exstudent) daripada SMKPB, sekolahku sebelum ini. Tanpa sokongan semua tidak berdirilah dan tiadalah pasukan nasyid ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Dr Amirul Shafik dan rakan-rakannya serta warga Jauhar Medical Clinic atas sokongan yang diberi dan menyantuni Firqah Al-Intifadah semasa kami berkunjung ke sana.

Akhir kata, kepada sesiapa yang membaca posting ini terutama yang tinggal di sekitar Johor Baharu bolehlah ke Jauhar Medical Clinic untuk mendapatkan apa-apa rawatan kerana harganya berpatutan dan jarang-jarang ditemui. Dengan kebolehan doktornya pula, ada yang boleh bermain gitar dan ada yang pandai bernasyid juga 😉. Cikgu WanN akan tunggu cawangan JMC di Muooo..💜

Jom! Layan Al-Intifadah masuk bertanding nasyid sempena FUN 2023 😉.

















Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post