2 FEBRUARI 2024 | GENAP 23 TAHUN PEMERGIAN AYAHANDA TERCINTA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...

     Almarhum Ayahanda Tercinta 💜💜💜


حاج وان غزالي بن حاجه وان مريم
لاهير ڤد تاهون 1921
 تله کمبالي کرحمةالله ڤد:
 2 فيبرواري 2001 ﴿جمعة﴾
برسمأن 8 ذوالقعده 1421ه

Hari ini, Jumaat, 2 Februari 2024....genap sudah 23 tahun pemergian Almarhum Ayahandaku, Hj Wan Ghazali bin Hjh Wan Mariam menghadap Illahi...sewaktu usianya 80 tahun.
Seorang insan yang tidak pernah jemu mnyampaikn seruan dakwah di masa hayatnya. Seorang ayah yang sukar dicari ganti....Anakanda sentiasa merindui gurau senda, sikap penyayang dan prihatin daripada ayahanda. 
Semoga Ayahanda tenang, damai dan bahagia di alam sana.. 
~Al-Fatihah~

Kisah yang ku terima daripada sumber yang sahih berkaitan dengan Almarhum Ayahandaku ketika dia berhijrah dan bermastautin di negeri Terengganu, kampung yang beliau mula datangi adalah Kampung Kedai Buloh, Marang.


Al-Kisah sebagai simpanan di sini.

Kisah disampaikan oleh kekandaku daripada sumber yang boleh dipercayai.

Kaibah: Puak Mat Kawah dari Kampung Surau Panjang bersedia dengan senjata berhampiran Panggung Wayang Kedai Buluh. Puak Chik Tok Gguni dari Kampung Binjai Rendah yang sedang bergerak menuju ke pekan Kedai Buluh khabarnya sudah sampai di kampung Bukit Payong. 

Ustaz Ghazali yang mendengar berita tersebut segera bergegas ke Panggung Wayang Kedai Buluh. Puak Mat Kawah perlu ditenangkan sebelum ketibaan puak Chik Tok Gguni. Silap perhitungan, pekan Kedai Buluh akan bermandi darah.

Ustaz Ghazali agak terlambat. Puak Chik Tok Gguni sudah pun tiba. Di tangan masing-masing tergenggam pelbagai jenis senjata. Ada parang, ada lading, ada golok, ada lembing. Tanpa berlengah, Ustaz Ghazali segera berdiri di tengah-tengah kedua puak tersebut

"Allahhuakbar!.. Allahhuakbar!... sabar.. sabar.. sabar.. ingat Tuhan.. ingat Tuhan.." Tempik Ustaz Ghazali.

Ternyata rayuan Ustaz Ghazali tidak dihiraukan. Kedua puak semakin merapat dan saling mencabar.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki di sebelah Ustaz Ghazali.

"Ambe minta semua balik.. balikkkk...  ambe takboh tengok sebarang pergaduhan berlaku hari ini.." Tempik lelaki itu.

Suasana yang tadinya hingar bingar tiba-tiba berubah. Hanya kedengaran suara-suara saling berbisik: "Ayoh Nik Megat Husin.. Ayoh Nik Megat Husin mari doh.."

Kelihatan suasana berbincang sesama sendiri. Tidak lama kemudian kelihatan puak Chik Tok Gguni berpatah balik menuju ke arah pekan Bukit Payong dan puak Mat Kawah bergerak ke arah Kampung Surau Panjang. Hanya beberapa orang daripada kedua-dua puak itu kelihatan mengikut Ustaz Ghazali dan Megat Husin menuju ke warung Mok Yam.

#Nal Salura Megat Husin

#Wan Thuwaibah Ghazali 

Kaibah: Ini cite benar kesah Bak meleraikan org kedai buluh puak Mat Kawoh v puak tok chik tok gguni K Ibah terkesima dgn cite ni rupanya dia ni mennti Megat Husain org suhur kedai buluh dulu jd arwah Bak kita ni memang org sohor nya segan diorg....
Masyaallah😘 Tabarakallah jasa Bak mmng dikenang sampai ke ank cucu cicit dia org!

Hanya yang mengenali Almarhum boleh gambarkan sifat dan sikapnya. Ketika solat jenazah ramai yang hadir untuk solatkannya, ramai juga yang tak pernah kami lihat. Allahu Akbar...

Apapun iman tidak boleh diwarisi....

Andaikata boleh kami keluarga yang beruntung kerana kami tak mampu lakukan apa yang Almarhum lakukan terutama dalam perkara ibadah, ilmu dan dakwah.
Semoga kami terus dapat mencontohi segala apa yang Almarhum contohkan dan ajari kami sewaktu hayatnya...
Saat pemergianmu menghadap Sang Pencipta, aku seperti kehilangan hala tuju....Namun Allah sedarkan aku bahawa dia milik Allah bukan milik abadi kita. Maka redakanlah pemergiannya. Semoga kita kan dapat bertemu di negara abadi....
Aamiin Ya Rabbal Alamiin... 






Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post