PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2024/25 | UPU ONLINE

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...




Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula hari ini hingga 29 Mac ini bagi permohonan Fasa Pertama dan dari 29 April hingga 9 Jun depan bagi Fasa Kedua.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan semalam memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).


Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian, dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.


Selamat Maju Jaya kepada semua calon-calon SPM, STPM dan yang setaraf dengannya!



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post