13 JANUARI 2013 ( 1 RABIUL AWAL 1434H ) | Kehilangan Yang Sukar Dicari Ganti


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera buat semua...

Menjelang tanggal 18 Januari 2013 dan 18 Januari  seterusnya akan ku kenangi kerana Almarhum Shaharudin Bin Md Noh, tidak lupa untuk memberikan hadiah sempena hari lahir ustazahnya ini... 
dan yang paling utamanya adalah dia seorang pelajar yang cukup disenangi oleh semua guru....
Tidak pernah sekalipun ku melihat dia marah walaupun ketika waktu yang sukar buatnya..wajahnya sentiasa tersenyum..😭

Coretan ini sudah lama ku pendam sebagai draft di dalam Blogku ini. Malam ini baru terasa untuk berkongsi di sini. Usai genap 10 tahun sudah, almarhum pergi meninggalkan alam fana ini ketika berusia 20 tahun.

Inginku kongsikan sebuah tragedi yang menyayat hati, meruntum kalbu yang menimpa pelajar sekolahku ketika pulang dari tempat kerja semasa menunggu keputusan STPM 2012. Almarhum adalah pelajar terbaik dan cemerlang apabila keputusan STPM diumumkan. Cita-citanya adalah untuk menjadi Pegawai Diplomatik.

Coretan 10 tahun lalu, tidak ku ingin mengubahnya...

Pada tarikh ini lebih kurang jam 2.30 pagi, 13 Januari 2013....salah seorang pelajar yang paling rapat denganku telah terlibat dengan satu kemalangan yang menyebabkan beliau telah meninggal di situ juga.
Bermakna sudah 4 bulan beliau telah pergi meninggalkan dunia ini, meninggalkan mereka yang menyayanginya....menghadap Tuhan Rabbul Jalil.
Walaupun permulaannya cukup berat untuk menerima dan mempercayai pemergiaannya...namun Alhamdulillah aku sudah mula dapatkan kembali semangat yang hilang tersebut, walaupun sesekali bila teringatkan arwah air mata mulai kembali tumpah dari kolamnya...
Kenapa harus ditangisi pemergiannya? Bukan kerana aku tidak redha tetapi kerana memori bersamanya kembali menggamit, mengingatkan nostalgia bersamanya...dia cukup istimewa di hati setiap individu yang mengenalinya sama ada lama atau sebentar cuma.
Seorang yang tidak pernah lekang mengukir senyuman di bibirnya.


Biar gambar berbicara...

  


             


      












Ini petikan status di fb aku pada 13 Januari 2013:
Tak tahu nak cakap apa, bila terima berita yang tak disangka2. Seorang pelajar yg cukup rapat dgnku, Shaharudin Md Noh telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama2nya. Kali terakhir aku jumpa arwah di wetex masa dia bekerja di salah sebuah kedai komputer di situ. Sempat juga berbual sekejap, beliau mengadu tak larat lagi kerja kat situ, penat sangat dan nak tukar kerja lain. Tak lama slps itu aku dengar beliau tlh diberhentikn kerja di situ, alasannya krn beliau pergi menunaikan solat...sedihnyaa.... Kalau beliau update status, aku suka menyakat..tapi minggu lps aku tak rasa utk menyakat beliau dan gambar ini adalah komen terakhir aku pada status beliau. Beliau seorang yg cukup disenangi oleh sesiapa yang mengenali beliau...seorang yang sentiasa murah dgn senyuman. Aku cukup sedih juga bila ada satu hajat yg tak kesampaian buat beliau dan aku ingat hajat itu akan ku selesaikan sblm tarikh hari lahir aku....tapi Allah SWT lebih menyayangi beliau. Semoga roh Al-Marhum Shaharudin bin Md Noh di tempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh...AMINNN...







 





KERATAN AKHBAR YANG BERKONGSI TRAGEDI PILU INI....






" Dari Allah kita datang...kepadaNya jua kita dikembalikan..
Alhamdulillah arwah Shaharudin telah selamat dikebumikan sblm masuk waktu solat zohor...
walaupun jangkaan awal utk kebumikan arwah slps solat Zohor. Antara tanda2 org yg mndpt tmpt 
di sisi Allah SWT adalah jenazahnya segera dikebumikan. Buat Norma , walaupun awk x sempat melihat wajahnya....redhalah krn Allah SWT lbh menyayanginya....Doa dari guru2 dan rakan sentiasa mengiringi pemergiannya agar arwah di tempatkn di klgn hambaNya yg beriman dan beramal soleh.Aminn... "

" Nak hadiahkan kain pelekat buat solat...tapi yg pelik tiada kesempatan dari hujung tahun lepas..walaubagaimanapun tekad di hati mesti membelinya seblm tiba tarikh b/dy ustzh dan tarikhnya adalah13 jan krn hari sekolah memang tiada masa...namun dia terlebih dahulu pergi sblm sempat ustzh membelinya...inilah hajat yg tidak kesampaian..Hanya Allah SWT yg tahu disebalik semua ini mengapa berat sungguh kesempatan utk membeli dan menghadiahkan kepadanya... "



Damailah dikau di negeri akhirat sana. Kami yang masih diberi nafas oleh Allah SWT pasti akan menyusulmu suatu masa nanti...
Mohon pengunjung Warkah Pembimbing sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Shaharudin Bin Md Noh. Semoga almarhum diampunkan segala dosa-dosanya, dicucuri rahmat ke atas rohnya dan  di tempatkan dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh... Allahumma AAmiin...



Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post