Happy Chinese New Year| Selamat Tahun Baru Cina 2023


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...




        Di kesempatan ini Cikgu WanN ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia yang meraikannya iaitu kaum Thionghua dan khususnya buat semua kenalan, rakan taulan dan anak-anak didik walau di mana sahaja anda berada. 
Xin Nian Kuai Le!😍

Tahun lepas tahun harimau...tahun apa pula pada taun ini. Haa....sebagaimana kita lihat di semua media kita dapati tahun ini merupakan tahun arnab mengikut kalender Cina. Terdapat 12 jenis haiwan mengikut tahun-tahun kelahiran. Setiap haiwan ada keistimewaannya tersendiri dan membawa makna yang tertentu serta dapat mengesan perwatakan seseorang bagi mereka yang lahir pada tahun-tahun tersebut.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina tahun Arnab merujuk kepada mereka yang percaya kepada kesucian cinta. Mereka yang lahir pada tahun ini juga mempunyai tutur kata yang lembut dan boleh menjadi teman sejati. Umpama, zahirnya tampak bagus, begitu jugalah di dalam hatinya namun begitu mereka sukar mengawal kemarahan. Mood mereka boleh berubah  dan penampilan mereka juga secara tidak langsung boleh berubah. Jika hatinya tidak tenang mereka akan menunjukkan sifat negatif seperti murung, suka menyendiri dan tidak mahu makan. Mereka juga lebih suka menyelesaikan maslah mereka sendiri. Jika hati mereka senang, mereka akan menampakkan sisi yang positif seperti mempamerkan kegembiraan, berselera makan, bergelak ketawa dan bergurau senda. 
Demikianlah, serba sedikit info yang dapat Cikgu WanN kongsikan berkenaan tahun arnab...Jika ada rakan-rakan mahu menambah atau berkongsi maklumat berkaitan tahun arnab bolehlah menulis di bahagian komen post ini. Sama-sama kita menjana ilmu pengetahuan untuk manafaat bersama.😆

Tahun Arnab menurut kalender Cina terdiri dari tahun 1939-1951-1963-1975-1987-1999




Ucapan Selamat Tahun Baru istimewa buat anda




Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post