Menyahut Cabaran Dunia Pendidikan Digital Malaysia | Tahun 2023 AYU Terus Mara

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...



Kita sedia maklum dunia teknologi digital hari ini cukup pantas berkembang dan tersebar dengan luasnya. Justeru itu saya, Cikgu WanN, Sukarelawan Youtuber Pendidikan Graduan Akademi Youtuber Malaysia Kohort Pertama, dengan ini bersedia untuk menyahut cabaran dunia pendidikan digital Malaysia melalui penulisan di blog bermula 1 Januari 2023. 
Melakukan anjakan paradigma ini berseorangan agak menculaskan diri. Namun kerana kebersamaan kami, saya turut termotivasi untuk tidak ketinggalan menyertai pelancaran amanah baru ini yang diketuai oleh YM Yu Suffi yang sentiasa mempunyai idea-idea yang cukup hebat demi kemenjadian murid di negara kita. Lebih daripada 50 blog sahabat-sahabat  AYU telah dilancarkan secara serentak bermula pada 1 Januari 2023. InsyaAllah, sesibuk apapun saya...saya akan pastikan ada penulisan berkaitan dunia pendidikan yang saya akan kongsikan bersama menerusi Blog Warkah Pembimbing ini. Dengan slogan 'Sendirian kita biasa, bila bersama menjadi luar biasa' menjadi pemangkin kepada saya dan rakan-rakan sahabat AYU untuk berkecimpung di dalam dunia blogger pula dengan meneruskan perkongsian ilmiah menerusi platform Youtube. 
Doakan semoga saya dan rakan-rakan sahabat AYU dapat merealisasikan niat kami pada tahun ini dengan jayanya demi aspirasi negara dan falsafah pendidikan negara.








Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post