Sambutan Tahun Baru 2023. Bagaimanakah caranya?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...

Alhamdulillah...Bersyukur kerana kita dapat melangkah ke tahun 2023. 
Sebagai umat Islam sambutan tahun baru yang harus kita sambut adalah tahun baru Hijrah iaitu sambutan Awal Muharram, bukannya tahun baru Masehi. Namun begitu sebagai memberi semangat atau memperbaharui azam dan meningkatkan iltizam kita, tidak salah untuk kita menyambut dengan cara yang tidak melanggar syariat seperti mengadakan aktiviti bacaan yasin, menyampaikan tazkirah dan seumpamanya. Program-program yang baik dan dapat mendidik jiwa masyarakat yang menyertai sambutan tersebut serta tidak berlaku pembaziran adalah diharuskan mengikut pandangan ulamak berdasarkan hujah-hujah dan dalil-dalil yang diberikan.

Sambutan Tahun Baru mestilah disambut dengan asas ianya adalah uruf dan adat kebiasaan, bukannya dianggap sebagai upacara keagamaan. Perlu dipastikan tiada berlaku percampuran di antara lelaki dan perempuan, tiada hidangan arak dan aktiviti-aktiviti yang boleh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu juga, tidak diadakan program-program yang melalaikan.

Penjelasan lanjut berkaitan dengan hukum menyambut tahun baru Masehi ini, boleh membaca dengan merujuk link yang saya sertakan di sini agar lebih memahami bukan sekadar menjadi pengikut tanpa ada ilmu. 
https://surgaroute.com/2022/nak-sambut-tahun-baru-ini-hukumnya-dalam-islam/ oleh Yg Berbhg Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melalui nukilan pena Surga Route.

Cara meraikan sambutan tahun baru pada tahun 2023 ini, kita dapati ada perbezaan yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke 10, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dengan mengadakan Program Munajat Ambang Tahun Baru 2023 pada 31 Disember 2022 di Masjid Putrajaya. Walaupun sebab utamanya adalah untuk mengelakkan berlaku pembaziran namun ianya merupakan satu inisiatif yang saya kira amat baik dilakukan dan perlu diteruskan pada tahun-tahun mendatang. 

Harapan saya, sempena tahun baru ini adalah untuk memperbaharui ikrar pada diri saya sendiri untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Ini adalah kerana tahun 2022, sesungguhnya banyak menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal saya juga spiritual. Hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya. Bila saya menoleh kembali ke belakang, saya seolah tidak percaya yang saya telah berjaya melaluinya. Saya percaya segala yang berlaku banyak hikmah daripadaNya. Banyak cara telah saya lakukan untuk melaluinya, walau adakalanya saya jatuh tersungkur, tersembam, tergolek...bahkan sehingga saya tiada langsung keyakinan untuk bangkit kembali...
Namun dengan keyakinan terhadapNya, saya terus berusaha sedaya upaya agar saya tidak mengalah dengan sebegitu mudah. Sebagai nasihat buat pengunjung-pengunjung blog saya yang mungkin berhadapan dengan situasi yang mungkin kalian rasa tidak dapat menghadapinya. Yakinilah dengan firman Allah SWT ini, yang bermaksud: 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” 
(Surah Al Baqarah , ayat 286).



Firman Allah SWT ini menjelaskan kepada kita, bahawa Allah tidak akan membebankan, menguji, atau memberati hamba-hambaNya dengan apa yang tidak terdaya dan melebihi kemampuan mereka. Ini bermakna, segala masalah, ujian, musibah, bencana, kesakitan, kesedihan dan semua yang membawa persepsi yang negatif yang menimpa diri kita, sesungguhnya kita mampu menghadapinya.. 
Sememangnya ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi yakinlah semua yang dilalui itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi cabaran mendatang.
Jangan sesekali kita menyalahkan takdir Allah SWT ke atas diri kita. Sentiasalah bersangka baik terhadapNya. Bersabarlah walaupun permulaanya ia pahit...namun manis akhirnya.
Justeru itu rebutlah hari yang pertama di dalam tahun 2023 ini, dengan berusaha bangkit kembali!

Saya berkongsi di sini bukan untuk menarik perhatian atau meminta simpati sesiapa tetapi sekadar untuk menyimpan kenangan ini sebagai pengajaran buat  diri saya, yang mana tidak semua orang terpilih untuk melaluinya. Secara ditirnya, biarlah RAHSIA...😊

Semoga kalian memperolehi manafaat daripada coretan saya pada kali ini.





" SELAMAT TAHUN BARU 2023"




5 Comments

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

  1. Alhamdulillah...Tahniah cikgu....

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Selamat Tahun Baru 2023!

    ReplyDelete

  3. @Cikgu Nor Terima kasih

    @hoyensze Selamat tahun Baru juga

    @Ustazah Zuliana Alhamdulillah...syukran

    @Azizah Terima kasih..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post