HIDUP DI DUNIA IBARAT PERANTAU

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...




2022 Lumut


Hidup di dunia ibarat perantau

Berkelana  bermusafir

Mencari bekalan untuk dibawa

Menuju destinasi ukhrawi…

 

Pabila berada di waktu pagi

Jangan tunggu hingga ke petang

Pabila berada di waktu petang

Jangan tunggu hingga ke pagi

 

Chorus:

 

Insafilah diri wahai semua

Peluang di sini hanya sekali

Selagi nyawa dikandung jasad

Selagi itu kita…

 Rebutlah – ramai2

 

Rebutlah peluang untuk beramal

Lima keadaan sebelum tiba

lima yang lain…

Sihat (ramai2)   sebelum sakit

Kaya (ramai2)    sebelum sempit

Muda (ramai2)  sebelum tua

Lapang (ramai2)  sebelum sibuk

Hidup sebelum mati   (semua sekali)

 

 

Berbekalkan akal dan ilmu

Imarahkanlah alam ini

Nikmati anugerah Illahi

Sebagai perantaraan ke sana

 

 

(ulang chorus)

 

Dunia tempat beramal….

Akhirat tempat menghitungnya…..

 

 

 

Mieza/170315…copyrightclaim☺

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post