RAWATAN SEGERA STROK HABA

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...

Minggu ni kita dimaklumkan ramai  dalam kalangan kita yang mengalami STROK HABA. Ini adalah disebabkan cuaca yang sangat panas sejak mutakhir ini.

Cara rawatan segera Strok Haba

Apakah itu strok haba atau “heat stroke”?

Ia adalah keadaan di mana paras suhu badan meningkat secara mendadak melebihi 40’C. 

Apakah puncanya?

Punca utamanya ialah
  1. Kurang minum air dan dehidrasi badan
  2. Pendedahan yang berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas

Apakah simpton awal strok haba?

Simpton atau tanda awal bagi “ Heat Stroke “
  1. Sakit kepala
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas
  4. Denyutan nadi yang pantas
Apakah kesan dan sejauh mana bahayanya Strok Haba kepada kita?

Pendedahan kepada cuaca panas boleh menyebabkan sistem badan gagal mengawal suhu badan lalu menyebabkan peningkatan suhu badan yang tinggi sehingga terjadinya strok haba.


Simpton-simpton lain

Strok haba (heat stroke) boleh berlaku dengan tanda-tanda berikut:

👉 Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh

👉 Fungsi mental terjejas - Kekeliruan/kebingungan

👉 Koma

👉 Sawan


Bahayanya ialah

🚨 Strok haba boleh menyebabkan maut.


Oleh itu, 

😎Kekal hidrat dan elakkan melakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.


✅ Dikongsikan rawatan segera yang boleh dilakukan sekiranya orang di sekeliling anda mengalami strok haba sebagaimana gambar di atas.


#SumberKementerianKesihatanMalaysia

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post