Muhasabah di Penghujung Ramadan 1444H

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...



Diam tak diam 

Sedar atau tidak

kita sudahpun berada 

di penghujung Ramadan Al-Mubarak


Cepat sungguh terasa masa berlalu

Semacam baru sahaja semalam 

1 Ramadan kita bersua

Tiba hari ini sudahpun Ramadan ke 28

Sebaknya rasa di dada…
Qalbu mula mengesak sendu…

Ramadan bakal melabuhkan tirainya, meninggalkan kita semua

Bakal bertaut kembali sebelas bulan mendatang


Semoga Allah SWT masih anugerahkan peluang untuk kita laluinya lagi

Ramadan bulan beribadah
Ramadan bulan maghfirah
Ramadan bulan mujahadah
Ramadan bulan pahala berganda
Ramadan bulan mengumpul ladang pahala
Ramadan bulan padanya Lailatulqadar

Malam yang lebih baik daripada seribu bulan yang lain

‘Lailatul Syaraf’, Malam kemuliaan  

‘Lailatul Tajalli’, Malam dilimpahkan cahaya dan hidayah oleh Allah SWT 

Ke atas hambaNya yang berpuasa dan beribadah pada malamnya

Malam Al-Quran diturunkan sekali gus 

Dari ‘Lauhul Mahfuzh’

Ke ‘Baitul ‘Izzah’ yang berada di langit dunia

Malam para malaikat diketuai oleh ‘Ar-Ruh’ 

Yakni Jibril Alaihissalam

Hadir memuliakan hamba-hamba Allah 

yang beribadah, yang berada di dalam majlis ilmu dan zikir 

Lalu diletakkan sayap-sayap pada mereka Tanda sangat mengagungkan dan memuliakan…

Mafhum firman Allah SWT:
“Sejahteralah malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah al-Qadar, ayat 5)

Semoga sepanjang Ramadan ini…

Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita 

Menerima segala amal ibadah yang telah kita lakukan


Sesungguhnya kami hamba-hambaMu yang sentiasa melakukan dosa

Ampunilah segala dosa-dosa kami

Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Tiada Tuhan yang lain selain Engkau 

Yang Maha Kaya daripada tiap-tiap yang lain

dan berhajat tiap-tiap yang lain kepada Engkau

Hanya kepada Engkau tempat kami bergantung harap, tempat kami mengadu


Tetapkanlah hati-hati kami atas jalanMu

Sedarkanlah kami di saat kami lalai dan alpa

Janganlah Engkau membolak balikkan hati-hati kami setelah kami berada di atas landasan kebenaranMu

Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa atas segala sesuatu

Ya Arhamar Rahimiin…

Ya Zaljalali wal Ikram…


Tetapkanlah hati-hati kami atas jalanMu…

Berilah kami lalui lagi 

Ramadan yang dirindui…

Ramadan di hati…


Hari kemenangan bakal menjelma

Syawal bulan kemenangan

Syawal bulan simbol kehidupan baru 

Setelah sebulan pembersihan spiritual, penyucian jiwa

Syawal bulan pembuktian ketaatan dan ketaqwaan kita

Syawal adalah bulan meraikan kejayaan kita menundukkan hawa nafsu

1 Syawal kita menyambut Idul Fitri 

Sebagai hadiah atas kemenangan itu 

Ia adalah ganjaran dari Allah SWT buat kita semua…

Mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan tersebut


Salam Idul Fitri…

Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki

Jika ada tersalah kata tersilap bicara sepanjang perkenalan kita 

Kesilapan yang mungkin mengores hati menusuk qalbu kerna…

Saya hanya insan biasa 

Yang tidak bisa lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan 

Doaku…

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat

Dan sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi serta kasih sayangNya.

Semoga gembira di hari lebaran di samping keluarga tercinta.


“Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri”

“Minal ‘Aaidiin wal Faiziin…”

“Kullu Am wa Antum Bikhair…”


Ukhtikum fillah…

Cikgu WanN

28ramadan1444h/

19april2023

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post