MUNAJAT 10 MALAM GANJIL TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...



Doa Malam Khamis sempena malam ganjil 10 akhir Ramadan

Cikgu WanN ingin mengajak para pengunjung Warkah Pembimbing, untuk sama-sama kita panjatkan doa ke Hadrat Allah SWT pada malam ganjil 10 hari yang terakhir ini...                            

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau Maha Pengampun dan Pemurah, suka mengampuni, maka ampunilah kami wahai Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, jika malam ini adalah Lailatul Qadar, maka bahagikanlah untukku kebaikan padanya yang Engkau bahagikan, dan kurniakanlah kesudahan untukku pada ketentuanMu kesudahan yang terbaik, dan kurniakan kesudahan kebahagiaan untukku pada apa yang Engkau sudahkan. 
Ya Allah jadikanlah namaku, keturunanku, pada malam ini, dalam kalangan yang berbahagia, rohku bersama syuhada’, kebaikanku bersama ‘illiyyin, keburukanku diampunkan. 
Ya Allah pada malam ini bukakanlah untukku pintu segala kebaikan, yang Engkau bukakan untuk sesiapa dalam kalangan hambaMu, para kekasihmu, orang yang taat padaMu. Janganlah tutup ia daripadaku. Rezekikanku rezeki yang Engkau cucuriku dengannya daripada rezeki yang baik lagi halal. 
Ya Allah apa yang Engkau bahagikan pada malam yang berkat ini, kebaikan, keafiatan, kesihatan, keselamatan, keluasan rezeki, jadikanlah aku dalam kalangan yang memperolehinya.
                             
Ya Allah.. janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya. 

Ya Allah.. jadikanlah kami orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, 
dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 

Ya Allah.. kami mengharap rahmatMu, ketetapan hati (untuk meraih) ampunanMu, mendapatkan keberuntungan dengan segala kabaikan dan keselamatan dari segala perbuatan dosa, jangan Engkau biarkan dosa pada kami kecuali Engkau mengampuninya, dan jangan Engkau biarkan kegundahan kecuali Engkau membukakannya, dan jangan Engkau biarkan keperluan yang Engkau redai kecuali Engkau penuhi, wahai Zat yang Maha Pengasih. 

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan ini pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan nerakaMu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadan maupun selepas Ramadan.

Ya Allah, Kau temukanlah kami dengan Lailatul Qadar.. pilihlah kami dari kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam Al-Qadar…

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan Bulan Ramadan ini sebagai Ramadan terakhir dalam hidupku. Andainya ini Ramadan terakhir buatku, maka jadikanlah aku sebagai orang yang Engkau sayangi. Terimalah seluruh amal ibadah kami sepanjang bulan Ramadan ini.jadikanlah Ramadan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Ya Allah, Kau terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami dan Kau amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi…

Ya Allah, ampunilah seluruh dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami dan dosa orang-orang yang kami cintai dan sayangi keranaMu ya Allah...

Ya Allah kasihanilah dan sayangilah ibu bapa kami sebagaimana mereka telah mengasihani dan menyayangi kami sewaktu kami kecil dahulu.

Ya Allah tetapkanlah hari ini sebagai hari pembuka pintu rezeki dan keberkatanMu dari seluruh penjuru langit dan bumi bagi kami. 

Ya Allah kami juga memohon perlindungan Mu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Ya Allah perlihatkanlah yang benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkanlah yang salah itu salah supaya dapat kami menjauhinya.

Ya Allah bersihkanlah hati kami, pemikiran kami dan kehidupan kami daripada segala jenis syirik, kufur, nifak dan sifat-sifat yang keji. 

Ya Allah tumbuhkan dihati kami sifat-sifat yang terpuji. 

Ya Razaq, rahmatilah kami, luaskanlah rezeki kami sekeluarga, permudahkan dan lancarkanlah semua urusan kami dan sihatkanlah tubuh badan kami agar dapat menjalankan tugas harian kami dengan baik.

Ya Allah jika rezeki kami berada di atas langit maka turunkanlah ia, jika berada  di dalam bumi maka keluarkanlah ia, jika jauh maka dekatkanlah ia, jika sukar maka mudahkanlah ia, jika haram maka sucikanlah, jika kurang maka cukupkan ia dan limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh dengan kemuliaan, kemurahan dan rahmatMu wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah padaMu sahajalah tempat kami memohon segala permintaan Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ، رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.


#credittomyfamilly'sgroup

Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post