MENGGAMIT MEMORI | MAJLIS RESTU ILMU SPM CANDIDATES BATCH 1 SMKA HAJI MOHD YASSIN TAHUN 2022

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...


Jom! Saksikan!

Menggamit memori semalam...

Cikgu WanN tidak dapat menyiapkan video ini lebih awal iaitu sebelum anak-anak didik menduduki peperiksaan kerana kekangan masa. 
Walaupun Peperiksaan SPM sudah selesai diduduki, Cikgu WanN ingin kongsikan juga di sekitar Majlis Restu Ilmu untuk calon-calon SPM 2022. 
Baiklah, untuk makluman semua pada tanggal 29 Februari 2023, Unit Bimbingan & Kaunseling SMKA Haji Mohd Yassin, Muar telah menganjurkan Majlis Restu Ilmu buat anak-anak didik yang akan menduduki Peperiksaan SPM. 
Antara matlamat utama diadakan majlis ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak didik memohon maaf daripada guru-guru mereka sekiranya ada kekhilafan seterusnya memberi peluang para guru untuk meredai segala ajaran yang telah disampaikan kepada anak-anak didik mereka. 
Tautan antara guru dan murid ini sudah pasti akan melancarkan lagi segala urusan anak-anak didik dalam menghadapi Peperiksaan SPM kerana mereka sedar bahawa semua guru sudahpun menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan buat mereka. 
Hanya doa yang dapat mengiringi para pelajar agar mendapat kejayaan yang cemerlang.

Buat para pelajar yang dikasihi:

Anda menjadikan dunia ini lebih baik dengan anda sendiri menjadi lebih baik. 
Anda akan miliki apa yang anda inginkan sekiranya anda sanggup berkorban. 
Biarkanlah senyuman anda yang mengubah dunia. Tetapi, jangan pernah biarkan dunia yang mengubah senyuman anda. 
Ketika anda gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud anda harus menyerah dan berhenti berusaha.
Bermimpilah setinggi langit, lalu berkerja keraslah untuk mewujudkan mimpi-mimpi itu.

Akhir kalam, Cikgu WanN doakan semoga kalian akan mendapat kejayaan yang cemerlang. 
Setimpal dengan usaha yang kalian sudah lakukan. 
Tetap kekal bersemangat walau badai datang melanda!!!



Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post