SKETSA RIANG RIA IDUL FITRI SMKAHMY 1444H/2023

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...




Alhamdulillah dengan izin dariNya...dapatlah akhirnya Cikgu WanN menyiapkan video Sketsa Riang Ria Idul Fitri buah tangan daripada warga SMKAHMY sempena kehadiran 1 Syawal 1444H. Kenangan yang kami cipta bersama yang akan mengimbau kembali memori ini di kala sendirian....Ukhuwwah Til Jannah..

Masih belum terlambat untuk Cikgu WanN mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri Maaf Zahir Batin kepada umat Islam di seantero dunia terutama kepada mereka yang berada di Malaysia...
Tidak dilupakan buat kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan sama ada yang kenal bersemuka mahupun di alam maya khasnya rakan sahabat di dalam Akademi Youtuber Malaysia (AYU). AYU sentiasa di hati...

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri;
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati…

Jangan diikut hati yang luka,
Jangan difikir siapa yang salah,
Jangan diungkit pahala dan dosa,
Anggaplah ruang bertemu kata,
Kata hanya sebagai penghibur belaka,
Moga silaturrahim tetap utuh dan ceria

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri;
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati…

Semoga kita dapat bertemu lagi bulan Ramadan dan Syawal 1445H pula nanti....
Selamat menonton buat semua pengunjung Warkah Pembimbing!


Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post