BERAKHLAK MULIALAH!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua...




Perkongsian Cikgu WanN untuk entry kali ini pula adalah di bawah lembayung kata berakhlak mulialah!😊 
(Macam nak berpidato la pulak! 😅).

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahuanhu yang berkaitan dengan keperluan umat baginda di dalam mendidik dan menjaga akhlak yang mulia. Rasulullah SAW telah bersabda sebagaimana matan hadis dan mafhumnya seperti di bawah ini.. 
Jom! Sama-sama baca dan fahami...

عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا  فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”. (HR Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119).

Semoga kita sama-sama dapat menjaga akhlak kita agar kerananya Allah SWT akan masukkan kita ke SyurgaNya...
Aamiin...Allahuma Aamiin.




Terima Kasih Daun Keladi...
Kerana Sudi Bertandang Ke sini...

Zhai Jian! :D

Previous Post Next Post